Saturday, January 05, 2008

Ayah mengemis, anak kat universiti

Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorangpengemis tua, dalam lingkungan umur 50- an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan Pengemis tersebut.
Saya : Sudah lama mengemis, pakcik?

Pengemis : Ya...lebih kurang sudah 18 tahun , nak.

Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak

Saya : Banyak juga ya pakcik??

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...

Saya : Ohhhh.....keluarga pakcik ada di mana?

Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nunn..

Saya : Wahh..hebat- hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr..

Penegmis: (Sambil tersenyum ;-) Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?

Saya: (Membalas senyuman..^_ ^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?

Pengemis : Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....Diorang kata duduk mengemis dekat universiti ni banyak ckit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 kem. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!

Saya : Cisss..Hampehhhhhh. ......!!!! Hehehehehe.. dah, pi sambung buat kerja tu balik, kalau tak nak menerima nasib seperti pakcik.

Jangan lupa forward kat org lain pulak, biar sama sama kena.

No comments: