Wednesday, January 02, 2008

Kisah remaja zaman sekarang

mari dengar cerita budak-budak zaman sekarang
ada pakai jubah, ada yang separuh telanjang
ada macam-macam, kulit putih tukar hitam
ikut suka hati, apa peduli halal haram
masa kecik-kecik cita-cita jadi doktor
bila besar jadi lupa, jadi player, jadi gangster
"apa kejadahnya?" , si ayah kelu tak terkata
mak garu kepala, masa depan huru-hara
orang bercinta, dia pun gatal nak ikut
bila maruah dah tergadai baru dada rasa semput
ini kisah yang anak dara, belum yang pemuda
macam-macam ada, sampai tak tahu macam mana nak mula
sekolah belum habis dah lagak macam dewasa
Islam hanya pada nama, semua dia nak cuba
boleh main cuba-cuba, boleh main raba-raba
main sama-sama, bila kena sama rasa
tepuk dada tanya selera, tanya iman, tanya diri
tanya kaki siapa bagi sampai kita boleh diri?
aku cuma cerita apa yang aku nampak
terpulanglah pada engkorang nak terima ke tak
budak zaman sekarang perangai pelik
orang kata "buruk", dia pandang semua cantik
yang pelik, mana pergi rasa segan?
kalau taknak dengar orang, kurang-kurang ingat Tuhan
kuat manusia bergantung pada ilmu
kalau setakat tunjuk otai, takde orang respect kat lu
memang begitu, dunia untuk orang bijak
pandai-pandai hidup kalau taknak kena pijak
cuba-cuba usaha tengok pandang sekeliling
bukan tengok dinding, tapi minah senget mata juling
dia bukan buta, cuma buat-buat tak nampak
dia rasa seronok jadi budak rosak akhlak
harga diri murah, jual badan kat lelaki
macam mamat tu confirm ambik dia buat bini?
sedarlah diri, sedarlah dari mimpi-mimpi
apa hari-hari kau memang gelap takde pagi?
konon pakai sexy sebab lelaki suka tengok
kalau lawa pun tak boleh de, lagi pulak macam momok
pusingkan pandangan, tengok pulak benda baru
budak jadi player, walau belum tumbuh bulu
apa benda tuh?
batang hidung pun belum kering lagi
dah pandai pulak cerita 'main sana', 'main sini'
tukar perempuan hari-hari
eh, bukankah kau tuh Muslim?
tapi kau tetap tukar perempuan macam musim
macam main game, boleh buat sukahati
cuba fikir balik, mana kita lepas mati?
tak payah kerek-kerek, kita semua bukan hebat
ingat atas sana, ada kuasa lagi kuat
jom tengok-tengok perangai budak zaman kini
memang pelik, cucuk telinga, perangai gedik
rantai besi besar, dah nak cecah lantai
topi pakai senget, dengan harapan panggil otai
pakai seluar ketat, tunjuk badan tunjuk body
hendak tayang bulu kaki
tayang itu ini
itu semua perangai buruk
memang teruk, sampai orang panggil 'lagak beruk'
apa sibuk-sibuk dengan fesyen masakini
sanggup pakai mahal walau gadai itu ini
berhabis duit cuma sebab nak perhatian
semua atas kehendak untuk diperhatikan
inilah hakikat, kita pentingkan luar
ananugerah Tuhan terus dilupakan

No comments: