Saturday, April 12, 2008

Polis tidak putus asa menyisat kes Sharlinie dan Nurin

KANGAR 10 April - Polis tidak akan berputus asa dalam menyiasat kes kehilangan Sharlinie Mohd. Nashar dan Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin kerana itu tanggungjawab serta amalan kerja pasukan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar berkata, polis masih berusaha menjejaki petunjuk-petunjuk baru bagi menyelesaikan kes-kes tersebut.'

'Kita tidak akan menutup begitu sahaja kes-kes ini dan akan mencari jalan (menyiasat).

''Kerjasama semua pihak termasuk media diperlukan bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukan itu diheret ke muka pengadilan," katanya di sini hari ini.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Suksis) Universiti Malaysia Perlis (UniMap) di Dewan Kapitol UniMap di sini hari ini.

Pada 9 Januari lalu, Sharlinie diculik ketika perjalanan pulang selepas bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya.

Allahyarham Nurin pula hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur sebelum mayatnya dijumpai pada 17 September lalu iaitu selepas 27 hari kehilangannya.

- Utusan Malaysia

UITM anjur program keselamatan kanak-kanak

SHAH ALAM, Orang ramai khususnya penduduk di Lembah Klang dijemput menghadiri program kesedaran keselamatan kanak-kanak pada Sabtu ini di Dewan Serbaguna Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 pagi.

Program anjuran pelajar-pelajar tahun akhir kursus Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam (e-PJJ), Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mendapat kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM), Polis Diraja Malaysia dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita.

Ahli Jawatankuasa Publisiti program, Kamaruzaman Abu berkata, program tersebut diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa serta kanak-kanak tentang risiko yang berada di sekeliling mereka.

"Ibu bapa dan kanak-kanak perlu sentiasa diingatkan tentang bahaya yang ada di sekitar mereka.

"Langkah sebegini sedikit sebanyak dapat membantu mereka supaya lebih berwaspada dan tahu cara-cara menjaga keselamatan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, satu demonstrasi penjagaan keselamatan juga akan dipertontonkan kepada orang ramai yang akan dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kamal Affandi Hashim.

Selain itu, ibu bapa kepada kanak-kanak yang diculik, Nurin Jazlin dan Sharlinie akan berkongsi pengalaman mereka bersama pada hadirin.

- Utusan Malaysia

Asmawi didakwa berada di Bangsar

Polis terima maklumat budak seirasnya merayau di pusat beli-belah

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang hilang sejak 9 Mac lalu, Muhammad Asmawi Jalaludin, 11, dikatakan dilihat berkeliaran di kawasan pusat beli-belah Bangsar Village, Bangsar di sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata polis menerima maklumat orang awam mendakwa ternampak seorang kanak-kanak mirip Muhammad Asmawi di kawasan itu kira-kira jam 4 petang. "Pemberi maklumat itu mendakwa kanak-kanak itu menyerupai gambaran Muhammad Asmawi yang kita sebarkan sebelum ini. "Berikutan itu, kita menghantar tiga pasukan polis melakukan pencarian di sekitar kawasan terbabit namun tidak menemuinya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata, beberapa pasukan dihantar ke kawasan sama kelmarin dan semalam dengan harapan Muhammad Asmawi mungkin berada di tempat itu, yang menjadi tumpuan remaja berkumpul pada malam minggu. "Usaha kita bagaimanapun tidak berhasil kerana semua orang yang ditemui dan ditunjukkan gambar Muhammad Asmawi berkata tidak pernah melihatnya berada di kawasan berkenaan," katanya. Wan Abdul Bari bagaimanapun berterima kasih kepada orang awam yang prihatin mengenai kehilangan pelajar tahun lima itu dan menyalurkan maklumat berguna kepada polis. Muhammad Asmawi dikatakan hilang selepas berpisah dengan rakannya di satu persimpangan kira-kira 50 meter dari rumahnya di Pantai Dalam di sini, jam 6.30 petang, 9 Mac lalu. Dalam perkembangan berkaitan, Wan Abdul Bari berkata, polis serta keluarga Muhammad Asmawi tidak lagi menerima maklumat palsu atau berunsur ugutan sejak seorang remaja disyaki menghantar SMS ugutan kepada keluarga itu ditahan di Sabah, Selasa lalu. Remaja lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kota Kinabalu kerana disyaki menghantar SMS berbunyi 'Asmawi ada di sini. Tapi syarat bagi duit RM5,000' ke telefon bimbit kakak Muhammad Asmawi, Saudah, 30, pada 11 Mac lalu, tiga hari selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang. Mengulas lanjut, Wan Abdul Bari berkata, polis akan meneruskan usaha mencari Muhammad Asmawi dan tidak akan berputus asa sehingga kanak-kanak itu ditemui.

- Berita Harian

Baca ini...(sgt penting bagi umat islam)

Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................> > > > > > > > > JANGAN LUPA SEBARKAN X G2 ANDA AKAN DOSA SEUMUR HIDUP KERANA MENDAPAT INFO TAPI X SEBARKAN

Wednesday, April 02, 2008

Mila - Mila Bila Cinta WITH LYRICS (ALBUM VERSION)

ini lagu yg paling saye suka