Monday, January 28, 2008

Kisah seorang lelaki dan seorang gadis

Pada suatu hari Shahrul pergi ke Teluk Intan
dan Ingin menaiki bas ke Bagan Datoh untuk
pergi ke rumah kawannya.
Hari itu merupakan hari pertama Shahrul menjejakkan
kakinya di Teluk Intan dan dia
langsung tidak tahu bas
mana yang perlu dinaiki untuk pergi ke
Bagan Datoh pula. Shahrul merupakan
seorang lelaki yang kacak dan sempurna
sifat fizikalnya, tetapi Shahrul
adalah seorang lelaki yang sengau.
Oleh kerana Shahrul tidak tahu bas
untuk pergi ke Bagan Datoh, lalu
Shahrul pun berjumpa dengan seorang
gadis cantik yang kebetulannya ingin
menaiki bas di perhentian bastersebut. Sebenarnya gadis tersebut
juga akan menaiki bas yang akan
Shahrul naiki. Maka bermulalah dialo
gantara mereka berdua:

Shahrul : “Saudari tumpang tanya, kalau nak ke Bagan Datoh naik bas yang
mana satu?” (Dengan suara sengaunya)
Gadis tersebut : “Emmmmmm…”(Tersenyum-senyum memandang Shahrul)
Shahrul : “Maafkan saya bertanya, Bas nak ke Bagan Datoh yang mana satu?
(Dengan suara sengaunya)
Gadis Tersebut : (Masih tersenyum-senyum memandang Shahrul)
Shahrul: “Kau menghina aku yer???..Tak per….. Suatu masa nanti engkau
Tahu Tuhan akan membalasnya…

Bentak Shahrul dengan suara sengaunya kerana
begitu marah kepada gadis tersebut
yang tersenyum-senyum memandang
kearahnya apabila dia bertanya. Dan
kemudian dia berlalu untuk bertanya
kepada orang lain.

Rupa-rupanya gelagat gadis tersebut
telah diperhatikan oleh seorang mak
cik yang tidak jauh dari situ.
Timbullah ketidakpuasan hatinya lantas
bertemu gadis tersebut untuk
bertanyakan perkara yang sebenar.

Mak cik tersebut : “Anak, kenapa anak tidak menjawab pertanyan anak muda itu
tadi, Dan tersenyum-senyum
memandangnya, Bukankah Itu perkara berdosa?"

Apakah agaknya jawapan yang diberikan
oleh gadis itu pada tanggapan anda ?

Gadis tersebut menjawab: “mak cik lebih baik saya tidak menjawabnya
daripada menjawab pertanyaan anak muda
itu, kerana saya kuathir ia akan berfikir saya cuba menyindirkan kerana saya juga adalah sengau sepertinya”

kata gadis tersebut DENGAN SUARASENGAUNYA……………
# Jangan kita mudah membuat tangga panada sesuatu perkara tanpa usul
periksa yang itu.

No comments: