Friday, November 30, 2007

Polis yakin kes Dr Faiz akan selesai secepat mungkin

POLIS yakin dapat menyelesaikan kes membabitkan Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed yang cedera diserang di hadapan rumahnya di Taman Mawar, Cheras baru-baru ini dengan tertangkapnya dua lelaki rakyat tempatan di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Jalil Hassan berkata, kedua-dua suspek yang berumur 34 dan 36 tahun itu telah ditahan di sekitar Ampang.
‘‘Siasatan awal menunjukkan suspek tidak mengenali Dr. Faiz dan tidak tahu bahawa mereka (suspek) telah melakukan samun terhadap Dr. Faiz.
‘‘Namun, suspek turut melakukan samun pada hari, waktu dan tempat yang sama ketika kejadian membabitkan Dr. Faiz berlaku,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, dua lelaki bersenjatakan parang menyerang Dr. Faiz sebelum melarikan rantai milik teman wanitanya kira-kira pukul 2 pagi.
Dr. Faiz cedera di tangan kiri ketika cuba menepis serangan tersebut dan terpaksa dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles Intan untuk mendapat rawatan.
Jalil memberitahu, polis turut merampas parang dan kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu daripada keduadua suspek berkenaan.
‘‘Terdapat kesan darah pada parang tersebut dan polis akan menghantar ke makmal bagi memastikan darah itu sama dengan jenis darah Dr. Faiz.
Jelasnya, wajah suspek akan ditunjukkan kepada Dr. Faiz dalam waktu terdekat bagi proses pengecaman.
‘‘Ketika ini, Dr. Faiz masih belum sihat sepenuhnya dan polis akan pergi berjumpa dengan beliau dan menunjukkan gambar suspek,’’ katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kedua-dua suspek dipercayai turut aktif melakukan samun di sekitar Ampang.
‘‘Hasil siasatan turut menunjukkan kedua-dua suspek telah melakukan samun di sekitar Ampang sebelum ini.
‘‘Suspek akan ditahan reman sehingga polis berpuas hati dengan siasatan,’’ jelasnya.

Syafiq

Tuesday, November 27, 2007

tv3 iklan raya 2007 unseen version

Iklan raye 2007, Adibah Noor..lawak jugak iklan ni..

Hati-hati di jalan raya

ha..ah..nmpak je seram tapi sebenarnye telakar gile...yg pontianak gemok tu sah2lh Adibah Noor

Monday, November 26, 2007

Perhimpunan haram bertukar menjadi ganas - Utusan

PERHIMPUNAN haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) di ibu kota hari ini bertukar menjadi ganas, tidak seperti yang dijanjikan oleh penganjurnya dengan penyokong pertubuhan itu bertindak agresif melontar batu dan besi ke arah polis.
Kumpulan itu yang berpecah di beberapa lokasi di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Yap Kwan Seng sejak pukul 6.30 pagi tidak mengendahkan nasihat polis untuk bersurai, turut mengeluarkan kata-kata kesat dan berbau perkauman.
Sebahagian daripada mereka membuka baju dan melakukan pelbagai provokasi kepada pihak polis yang mengawal persekitaran bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang, di sini, tempat Hindraf dijadual menyerahkan petisyen kepada kerajaan British.
Keganasan yang dicetuskan oleh para penyokong Hindraf itu telah menyebabkan empat anggota polis cedera, dua daripadanya parah akibat dibaling dengan batu dan besi.
Malah, sebuah jentera bomba yang melalui Jalan Yap Kwan Seng dalam perjalanan pulang memadam kebakaran di Pasar Besar Datuk Keramat telah dibaling batu sehingga cermin depan dan sisi kenderaan itu pecah.
Pasukan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan bom air setelah peserta demonstrasi itu enggan mematuhi nasihat supaya bersurai.
Kehadiran beribu-ribu penyokong Hindraf itu jelas tidak menghiraukan perintah mahkamah yang melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut.
Perhimpunan haram itu turut menimbulkan rasa takut dan kegelisahan di kalangan warga kota, para peniaga dan pelancong.
Sejak seminggu ini, mereka terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya berikutan langkah polis mengadakan sekatan jalan raya untuk menghindari anasir jahat memasuki ibu kota.
Hari ini, sebahagian besar premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Ampang Park ditutup kerana para peniaga takut dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Selain itu, orang ramai dan pelancong terkandas tidak dapat ke tempat kerja dan destinasi pelancongan di sekitar Jalan Ampang berikutan perkhidmatan awam dihentikan sementara waktu.
Jalan-jalan utama menuju ke Suruhanjaya Tinggi British turut ditutup sejak awal pagi ini.
Dalam perhimpunan haram yang berakhir kira-kira pukul 2 petang itu, seramai 241 penyokong Hindraf ditahan dan 105 orang daripadanya dibebaskan setelah melalui proses dokumentasi.
Kumpulan itu akhirnya menghantar petisyen mereka kepada kerajaan British melalui faksimile ke Suruhanjaya Tinggi British pada pukul 1.30 tengah hari.
Di KAMPALA, Uganda, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan polis menyuraikan demonstrasi berkenaan adalah langkah perlu untuk menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai.
Katanya, polis terpaksa bertindak demi menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhannya dan kumpulan yang terlibat tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Polis telah menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan tidak menggunakan kekerasan walaupun terpaksa bertegas ketika menyuraikan mereka,” katanya kepada wartawan Malaysia.
Di PEKAN, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkan keganasan yang dicetuskan oleh penyokong Hindraf itu satu perbuatan yang amat liar dan tidak boleh diterima sama sekali oleh kerajaan serta sebahagian besar rakyat.
Katanya, golongan terbabit terus ingkar dan bertindak lebih kasar serta agresif sehingga ada yang melempar batu kepada pihak polis.
‘‘Ini merupakan tindakan yang amat liar, degil, kasar dan agresif serta tidak boleh diterima oleh kerajaan dan sebahagian besar rakyat negara ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Al Wardah di Dewan Orang Ramai Batu 8, Lepar di Pekan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi berkata, tindakan menahan peserta perhimpunan haram tersebut diambil berikutan mereka bertindak liar dengan membaling batu dan besi kepada anggota polis yang bertugas mengawal keadaan.
Menurutnya, polis terpaksa bertindak demikian kerana kumpulan berkenaan mengingkari arahan bersurai selepas diminta berbuat demikian.
Seramai 4,000 anggota polis yang ditugaskan, kata Musa, tidak menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan mereka daripada menyertai perhimpunan haram itu.
Ditanya dalang di sebalik perhimpunan haram itu, katanya, polis masih menyiasat individu yang bertanggungjawab menganjurkannya dan yakin mereka dapat dikenal pasti dalam masa terdekat ini.
‘‘Para peserta perhimpunan haram hari ini seolah-olah tiada haluan dan berpecah belah, sekali gus menunjukkan seolah-olah mereka tiada ketua,’’ katanya.

Thursday, November 22, 2007

Angkasawan negara, Major Faiz Khaleed diserang


KUALA LUMPUR 21 Nov. – Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed cedera diserang dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba merompaknya di hadapan rumahnya di Taman Mawar, Cheras di sini awal pagi ini.
Ibunya, Maznah Mohamad berkata, dalam insiden pada kira-kira pukul 2 pagi itu, anaknya cedera di tangan kiri ketika cuba menepis serangan tersebut.
Katanya, sebelum kejadian itu anaknya keluar untuk makan lewat malam bersama dua rakan pada kira-kira pukul 11 malam dengan menaiki kereta rakannya.
Katanya, mereka balik ke rumah pada kira-kira pukul 2 pagi dan sebaik sampai di hadapan rumah, Dr. Faiz yang memandu kereta itu keluar dari kenderaan tersebut.
“Pada masa itu dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dan bersenjatakan parang menghampiri Dr. Faiz dan terus menolaknya sehingga terjatuh.
“Melihat Faiz terjatuh, lelaki itu terus mengugut rakan Faiz yang berada di dalam kereta dan meragut rantainya sebelum Faiz bangun untuk melawan.
“Pada masa itulah lelaki itu cuba menetak Faiz dan Faiz cuba menahan serangan itu menyebabkan tangan kirinya tercedera,’’ katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang di sini malam ini.
Maznah berkata, tindakan Dr. Faiz membuka pintu pagar automatik rumah telah mengejutkan dua lelaki itu menyebabkan mereka terus melarikan diri.
Katanya, rakan Dr. Faiz tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka telah menghantar Dr. Faiz ke hospital sejurus selepas kejadian.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu.
Difahamkan, beberapa pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang telah mengambil keterangan daripada Dr. Faiz kira-kira pukul 11 malam ini.

Wednesday, November 21, 2007

Hui Yee dijangka pulang dalam tempoh terdekat

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penerima jantung, Tee Hui Yee dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh terdekat ini ekoran keadaan kesihatannya yang semakin baik.
Bagaimanapun, Institut Jantung Negara (IJN) belum dapat menetapkan tarikh yang tepat kerana penerima jantung berusia 14 tahun itu masih dalam pemantauan pihaknya.
Penyelaras Pemindahan Jantung dan Paru-Paru IJN, Noor Salina Othman berkata, Hui Yee kini melakukan rutin harian dengan bersenam dan memakan ubat bagi membolehkannya berdikari.
‘‘Bila dia akan dibenarkan pulang, itu pihak kami tidak boleh pastikan, namun dengan perkembangan positif yang ditunjukkan, kami percaya dia akan dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat.
‘‘Kami juga tumpang gembira kerana kesihatannya semakin pulih dan berat badannya sudah bertambah berbanding dahulu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Tambah Noor Salina, remaja itu yang kini ditempatkan di wad biasa, juga diajar cara-cara menjaga kebersihan diri sebagai persediaan sebelum dibenarkan pulang ke rumah kelak.
Dalam pembedahan jantungnya yang pertama, pada 4 Oktober lalu, Hui Yee menerima jantung seorang remaja lelaki Melayu berusia 15 tahun dari Sitiawan selepas keluarga remaja itu bersetuju mendermakan organ anak mereka.
Bagaimanapun, dia terpaksa menjalani pembedahan pemindahan jantung kali kedua pada pagi 5 Oktober lalu setelah tubuhnya tidak dapat menerima jantung pertama yang didermakan kepadanya.
Dia menjadi penerima jantung mekanikal kedua negara selepas Mohd. Fikri Nor Azmi melalui satu pembedahan untuk memasukkan alat bantuan denyutan (PVAD) pada 29 September tahun lalu.

Tuesday, November 20, 2007

Sudah hampir sebulan blog ini dibuka

emmm....pejam celik, pejam celik....dah nk hampir sebulan blog saye ni dah dibuke....jadi...kepade sesiape yg pegi ke blog saye....bace amaran saye terlebih dahulu. Saye harap anda sume akn sentiase lawat ke blog saye ni. Jgn rase boring pulak bile ke blog saye ni...yelah...blog saye ni x bes sgt...penat2 saye wat blog ni supaye org ramai bleh pegi ke laman web saye ni....

Blog saye ni ade banyak cite2 menarik....blog saye ni baru je dibuke pade bulan lepas jadi blog saye ni masih belum menarik lagi....he..he..he...saye hrp2 sangat anda sujme akn trhibur bile ke blog saye ni...bkn blog saye je...blog org2 lain pon same jugak akn terase trhibur....anda sume jgn lupe...komenlah jugak setiap drpd cite2 kt blog saye ni.....sbb blog baru je dibuke jadi ramai org yg x tau lagi....

Oklah....saye hrp anda sume paham maksud saye ni...saye ni x pandai sgt bile ckp ngan org ramai....hi..hi..hi...enjoy beli ke blog saye...bkn blog saye je nk enjoy...blog org lain pon same..rase enjoy...saye ni x pentingkan diri sendiri...saye ni pon ade bagi rase semangat kepade org lain...kalo saye ckp saye ni pentingkan diri sendiri...dh tentulah ramai x kan ke blog saye ni....ok....semoge cerie slalu...byeee...assalamualaikum

Shafiq

FBI gagal meningkatkan mutu rakaman CCTV kes Nurin

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) gagal untuk meningkatkan kualiti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, Dewan Rakyat diberitahu.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Bahrum berkata, FBI gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki seorang lelaki yang dilihat dalam rakaman itu.
“Kita telah minta kerjasama FBI untuk membuat penilaian daripada gambar CCTV itu, namun masih tidak dapat kesan nombor plat motosikal berkenaan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Razali Che Mamat (BN-Kuala Krai).
Mohd Razali ingin tahu perkembangan terbaru kes pembunuhan kanak-kanak berumur lapan tahun itu yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos lalu dan kemudian dijumpai mati pada 17 September selepas dirogol.
Antara segmen rakaman CCTV itu menunjukkan imej seorang lelaki menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dengan membawa sebuah beg sukan berlegar-legar di luar bangunan kedai tiga tingkat di Petaling Jaya pada 16 September lepas.
Lelaki itu kemudian mengangkat beg itu dari motosikalnya dan meninggalkannya di tepi tangga tingkat bawah premis itu sebelum beredar dari situ.
Mohd Johari berkata, polis masih meneruskan usaha untuk mengesan lelaki tersebut dan berharap orang ramai dapat membantu memberi maklumat.
- Bernama

Monday, November 19, 2007

Murid kecewa keputusan UPSR dipercayai bunuh diri

NIBONG TEBAL 18 Nov — Dalam kegembiraan murid-murid dengan kejayaan cemerlang mereka dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, terdapat juga murid yang sedih dengan keputusan mereka yang tidak memuaskan.
Inilah yang dialami oleh S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah dekat sini.
Dia yang sebelum ini menjangkakan untuk mendapat 4 A hanya memperolehi 4 B, 2 C dan 1 D.
Semalam, tanpa diduga oleh keluarganya, Subashini dijumpai tergantung pada jeriji tingkap bilik tidurnya dengan sehelai kain selimut.
Anak kedua dari lima beradik ditemui oleh kakaknya selepas dia didapati tidak keluar bermain-main dengan adik beradiknya yang lain.
“Pagi itu dia macam biasa, makan bersama kami, kemudian dia tengok televisyen dan bermain-main dengan adik-adiknya.
“Kira-kira pukul 1.40 petang, kakak dia masuk bilik dan nampak dia tergantung dengan kain selimut di tingkap. Tapi masa itu dia masih bernyawa lagi lalu kami terus bawa dia ke Hospital Sungai Bakap,” kata bapanya G. Sivakumar, 36, di rumahnya di kuaters Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Changkat, Sungai Jawi di sini hari ini.
Sivakumar, pekerja rendah awam PBAPP berkata, ketika kejadian beliau di tempat kerja, bagaimanapun isterinya berada di rumah bersama anak-anaknya yang lain.
Katanya, selepas mendapat keputusan UPSR pada 15 Nov lepas, Subashini kelihatan murung dan sedih kerana tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan iaitu sekurang-kurangnya 4 A.
“Tapi saya tidak marah dia, saya beritahu dia keputusan itu sudah cukup baik kerana dia ambil tujuh mata pelajaran dan saya berjanji untuk berikan dia tuisyen Bahasa Malaysia tahun depan.
“Saya juga janji untuk beri satu cincin untuk setiap A yang dia dapat sebagai semangat untuk dia berusaha.
“Selepas hari itu dia nampak normal dan ceria macam biasa tetapi tidak sangka dia boleh ambil tindakan nekad dengan menggantung dirinya, saya cukup sedih dan terkejut dengan tindakannya,” kata Sivakumar.
Beliau turut kesal kerana pihak hospital lambat memberi rawatan kepada anaknya dengan hanya dimasukkan ke wad biasa dan dibiarkan tanpa mendapat rawatan.
“Waktu anak saya sampai ke hospital, dia masih hidup tetapi pihak hospital tidak buat sebarang tindakan.
“Anak saya di bawa pula ke Hospital Seberang Jaya kemudiannya tetapi masih juga tidak mendapat rawatan sehinggalah pukul 2 pagi apabila anak saya semakin kritikal barulah pihak hospital beri rawatan,” katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 4.05 pagi tadi. -Bernama

Saturday, November 17, 2007

48, 400 yang berjaya dalam UPSR

PUTRAJAYA 16 Nov. – Sebanyak 48,400 atau 9.7 peratus daripada 500,786 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding 42,029 (8.5 peratus) calon yang mendapat semua Gred A pada tahun lepas dan 35,980 (7.3 peratus) pada tahun 2005.
Beliau berkata, kumpulan yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini bukan daripada kumpulan yang mengikuti program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Menurutnya, calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang memperoleh Gred A bagi semua mata pelajaran ialah 9,060 orang berbanding 9,745 pada tahun lepas dan 7,700 pada tahun sebelumnya.
Bagi calon Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula, seramai 571 orang memperoleh semua Gred A berbanding 568 pada tahun lalu dan 517 pada tahun sebelumnya.
‘‘Apa yang menarik dalam UPSR tahun ini ialah terdapat 89,875 atau 18 peratus calon menjawab soalan kertas Sains dan 51,760 (10 peratus) menjawab kertas Matematik dalam dwibahasa.
‘‘Terdapat juga calon yang menjawab keseluruhannya dalam bahasa Inggeris iaitu seramai 1,324 (0.3 peratus) bagi Sains dan 1,075 (0.2 peratus) bagi Matematik,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan analisis keputusan UPSR 2007 di sini hari ini.
Ditanya mengenai ketiadaan pengumuman pelajar cemerlang pada tahun ini, Alimuddin berkata, kecemerlangan dalam akademik bukan menjadi kriteria utama untuk diiktiraf sebagai yang terbaik.
Menurutnya, keperibadian, tingkah laku seperti suka menolong dan mudah membantu ialah antara kriteria yang dititikberatkan untuk dipilih sebagai pelajar cemerlang.
‘‘Pihak kementerian telah menyalurkan maklumat mengenai pelajar yang cemerlang akademik kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk menentukan pelajar cemerlang masing-masing,” katanya.
Menurut Alimuddin, Terengganu, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan prestasi tinggi dari segi kuantiti dan kualiti sementara calon-calon UPSR dari Perlis, Kedah dan Kelantan pula menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Beliau menambah, data menunjukkan prestasi keseluruhan calon UPSR dalam tiga tahun kebelakangan ini adalah stabil sama ada dari segi kuantiti atau kualiti.
‘‘Hal ini membuktikan dakwaan terdapat kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR pada tahun ini adalah tidak benar. Taburan markah yang hampir sama untuk empat tahun kebelakangan ini juga menunjukkan tiada tanda kebocoran kertas soalan peperiksaan,” katanya.

Siapakah Mangsa Sebelum Nurin

Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001. Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkanPada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh. Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004. Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Bila membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itu kita lupa.Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya kes-kes seumpama ini. Ketika ini ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin. Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu Siapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?

Friday, November 16, 2007

In Memory Of Nurin Jazlin




Sedihnye....ape2 pon tgklah video ni dulu...

Doraemon 2006 opening

Inilah lagu doremon yg baru dikluarkn....dgrlah...bes jugak..

Thursday, November 15, 2007

Keputusan UPSR kali ini menakjubkan - Dato' Sri Hishamuddin

PUTRAJAYA 15 Nov. _ Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dianggap sebagai sesuatu yang menakjubkan berbanding tahun-tahun sebelumnya, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, ini kerana peningkatan kelulusan dalam peperiksaan itu bukan hanya disumbangkan oleh pelajar yang memperolehi kelulusan 5A malah jumlah yang lulus dalam semua mata pelajaran turut meningkat dengan mendadak.
Peningkatan itu juga, katanya bukan disebabkan isu kebocoran soalan yang diheboh dan digembar-gemburkan oleh beberapa pihak sebelum ini.
``Saya telah mendengar taklimat mengenai analisis keputusan UPSR daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini dan cukup gembira dengan analisis itu.
``Bagi saya ia adalah petanda yang cukup baik kepada kita semua, lebih-lebih lagi penekanan kita terhadap usaha membangun dan memperkasakan modal insan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPII),'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini, hari ini.
Seramai 504,537 calon dari sekolah kementerian dan 6,982 calon dari sekolah swasta mengambil peperiksaan itu tahun ini.
Pada sidang akhbar itu juga beliau turut mengumumkan Terengganu mencatat kelulusan UPSR yang paling tinggi berbanding negeri lain.
Hishammuddin memberitahu, penekanan kerajaan terhadap usaha membangunkan dan memperkasakan modal insan telah memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk memberi tumpuan yang khusus kepada pendidikan sekolah anak-anak sendiri.
``Sehubungan itu, saya berharap kesedaran tersebut akan berterusan pada tahun-tahun akan datang,'' katanya.
Sementara itu, Hishammuddin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penggal Baru Persekolahan 2008 akan dipengerusikan oleh beliau sendiri bagi menangani isu-isu awal persekolahan.
Beliau berkata, langkah tersebut diambil supaya apa jua kekeliruan orang ramai berhubung pengumuman mengenai pendidikan dalam Bajet 2008 lalu dapat diperjelaskan dengan lebih sempurna dan berhemah.
``Satu talian khusus akan disediakan bagi membolehkan orang ramai mengadu mengenai apa sahaja isu yang berkaitan dengan awal persekolahan kepada jawatankuasa itu sebelum sesi persekolahan 2008 bermula.
``Nombor telefon dan faksimilinya akan diumumkan pada hari Isnin ini dan orang ramai boleh menyampaikan aduan itu bermula pada hari tersebut,'' katanya.
Terdahulu beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pasukan Malaysia ke Kejohanan Robotik Olympiad Dunia di Taiwan yang bermula esok sehingga 18 November ini.
Seramai 15 pasukan yang terdiri daripada enam sekolah rendah, dua sekolah menengah rendah dan tujuh sekolah menengah akan mewakili Malaysia ke kejohanan yang membabitkan 24 buah negara seluruh dunia.- Utusan

Wednesday, November 14, 2007

Polis Masih Siasat Kes Nurin Jazlin

KUCHING 13 Nov. – Polis masih berusaha mengesan individu yang bertanggungjawab dalam pembunuhan kejam kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
‘‘Kes ini masih lagi dalam siasatan dan polis masih cuba mengesan penjenayah terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Pusat Latihan Polis (Pulapol) Puncak Borneo dekat sini, hari ini.
Nurin ditemui dalam keadaan menyayat hati dalam sebuah beg di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada September lalu, selepas usaha mencarinya yang hilang selama empat minggu menemui jalan buntu.
Tidak lama selepas itu, gambar bedah siasat Nurin disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Mengulas penyebaran gambar bedah siasat Nurin tersebut, Musa berkata, siasatan mengenainya telah selesai dan kes itu kini diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Tuesday, November 13, 2007

Kenangan Di Australia

mase ni...saye kt luar negare...tgklah video ni..bes giler kt australia ni...mcm2 ade

"Dewasa Selamat, Kanan-Kanak Dalam Bahaya"

Oleh Norhayati Md
Saidyatisaid@bharian.com.my

JENAYAH terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan. Boleh dikatakan sejak beberapa bulan lalu ada saja kes jenayah seksual, selain kes jenayah lain terhadap kanak-kanak dilaporkan dan kelmarin seorang kanak-kanak berusia lima tahun dirogol. Kini polis sedang memburu seorang warga asing dipercayai terbabit kes berkenaan. Nasib baiklah seorang wanita ternampak perbuatan lelaki itu, jika tidak berterusanlah perbuatan terkutuk itu. Apalah kanak-kanak seusia itu tahu apa yang diperlakukan ke atasnya. Penganiayaan terhadap kanak-kanak nampaknya belum reda selepas apa yang berlaku terhadap Nurin Jazlin Jazimin, 8. Baru-baru ini, Preeshena Varshiny, berusia 9 tahun dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh dan dicampak ke dalam longkang. Pada Aidilfitri lalu, niat baik seorang kanak-kanak yang mahu berhari raya di rumah jirannya turut menjadi mangsa rogol dan berikutan itu seorang lelaki didakwa di mahkamah. Ketika Perhimpunan Agung Umno 2007 yang berakhir kelmarin, Ketua Pemuda Selangor, Abdul Shukor Idrus mencadangkan subjek asas mempertahankan diri diajar kepada kanak-kanak supaya mereka mampu mempertahankan diri. Mungkin cadangan itu boleh dipertimbangkan, tetapi apalah tenaga kanak-kanak dibandingkan dengan perogol bernafsu ganas atau penjenayah lain. Mangsanya tetap juga kanak-kanak. Pakar psikiatri berpendapat perbuatan jenayah ini dilakukan pesalah seks yang mengalami gangguan personaliti antisosial, menyebabkan mereka tidak mempunyai belas kasihan sehingga sanggup bertindak zalim. Pastinya kita tidak mahu lelaki seperti ini berkeliaran dalam masyarakat. Apa yang perlu dilakukan selain tindakan pihak berkuasa. Memang ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kegiatan memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai jenayah ini, tetapi setakat satu atau dua NGO tanpa pembabitan menyeluruh masyarakat mungkin kurang memberi kesan. Daripada membuang masa mengadakan perhimpunan haram, demonstrasi atau apapun dipanggil yang kesannya lebih mudarat, mungkin lebih baik tenaga itu digembleng untuk membasmi jenayah ini. Semalam, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah merasmikan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat kebangsaan. Syukur Alhamdulillah pada majlis itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 dijangka dibentang di Parlimen tidak lama lagi yang antara lain mewajibkan pegawai perubatan swasta, guru dan penjaga di bawah badan bukan sukarela melaporkan kes salah laku terhadap kanak-kanak. Tindakan itu sebagai usaha mencegah kejadian mengancam keselamatan kanak-kanak, terutama penderaan. Ketika ini, akta itu hanya memperuntukkan kewajipan bagi pengasuh dan pegawai perubatan kerajaan membuat laporan penderaan terhadap kanak-kanak, termasuk penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan kes buang bayi. Selepas kes Nurin Jazlin banyak cadangan dikemukakan sama ada kementerian berkenaan mahupun NGO terbabit dengan satu matlamat, membendung perbuatan jenayah kanak-kanak. Cadangan lain kementerian ialah individu yang pernah dipenjara atas kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, diwajibkan memakai cip dan gelang khas selepas dibebaskan bagi membolehkan polis mengawasi pergerakannya. Sistem pengesan pelaku jenayah seksual itu antara elemen jaringan keselamatan bersepadu yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Maklumat penjenayah terbabit akan dipaparkan di internet dan orang ramai serta pihak berkuasa boleh merujuk laman web berkenaan. Selain itu, dicadangkan diwujudkan sistem amaran khas yang bertindak lebih pantas menyamai Amber Alert atau Nurin Alert bagi menangani kes kehilangan kanak-kanak. Kita berharap cadangan ini dan banyak lagi syor sebelum ini dilaksanakan segera bukan hanya terus menjadi tajuk perbincangan dan 'sejuk' di atas kertas. - Berita Harian

Friday, November 09, 2007

Dr Sheikh Muszaphar Shukor in an Ayamas Commercial

ini ialah iklan dr sheikh....tapi babak dr sheikh kejap je...

Lagu Doraemon




Dengarlah lagu doraemon ni..he..he..saje je nk post lagu ni...dan jgn lupe komen lah jugak ye...

Sheikh Muszaphar ,Mejar Faiz Khaleed ditauliah sebagai Cosmonaut

Mejar Dr Faiz Khaleed (kiri) dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kanan)

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Mejar Dr. Faiz Khaleed hari ini ditauliahkan sebagai Cosmonaut oleh kerajaan Russia.
Pentauliahan itu dilakukan oleh Pengerusi Agensi Angkasa Persekutuan Rusia, Anatoly Perminov dalam satu majlis di Star City, Rusia pada pukul 4 petang (8 malam waktu Malaysia).
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Abdul Hanan Alang Endut dan Pengarah Program Angkasawan Negara Kolonel Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh hadir pada majlis itu.
Dr. Zulkeffeli ketika dihubungi Bernama malam ini berkata, pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) turut mengiktiraf Dr. Muszaphar dan Dr. Faiz sebagai angkasawan.
“Dalam ucapan meraikan pentauliahan kedua-dua angkasawan negara, wakil dari NASA itu turut mengiktiraf kedua-dua mereka sebagai angkasawan,” katanya.
Pada 10 Oktober lepas, Dr. Sheikh Muszaphar bersama jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Rusia dan komander Peggy Wilson dari Amerika Syarikat menaiki pesawat Soyuz TMA-11 ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan kembali ke Bumi pada 21 Oktober.
– Bernama

Wednesday, November 07, 2007

Lagi kes bunuh mirip Nurin. Preeshena, mangsa rogol

Preeshena

FIRST it was Nurin who was brutally murdered and sodomised. Now another young girl has suffered the same fate. She was snatched from the safety of her condominium and was killed in a brutal way. (The Star, Nov 5). Children make good targets for adults, as they are unable to resist the raging hormones of mentally sick people who pick on them because they are considered easy prey. A good lesson to learn from this sad episode is no matter what, we cannot leave our young ones at home to their own devises without an adult minder taking care of them. With both parents working and finding good maids difficult, most parents are left with no choice but to leave their young ones without adult supervision. We are living in a dangerous world today and children need to be protected all the time by adults, as danger lurks around every corner.
HAMDAN IBRAHIM, Kuala Lumpur.

Saturday, November 03, 2007

Rekha, 10 hilang ketika ingin membeli VCD


By : Audrey Dermawan
Ahamad Omar and his wife Salmah Sellamah Abdullah with photographs of their missing girl Rekha Ahamad. GEORGE TOWN: Even as Nurin Jazlin Jazimin's abduction-cum-murder case remains unsolved, another girl has gone missing under almost similar circumstances. Ten-year-old Rekha Ahamad left her squatter home in Kampung Kolam alone at 9pm on Monday to buy a VCD at a nearby night market.She has not returned.Police are baffled why her stepfather, Ahamad Omar, 49, allowed Rekha to leave home alone at night.They are also puzzled why the girl wanted to buy a VCD as there is no electricity supply to their house. They don't even have a VCD player.Rekha, a Standard Four pupil of Sek Keb (P) Island at the city centre here, was last seen leaving her home after she managed to coax Ahamad to give her RM5 to get the VCD.Her mother, Salmah Sellamah Abdullah, 41, was at work at a factory in Bayan Lepas at the time.Rekha, the sixth of seven siblings, was wearing a white T-shirt with the "Ultraman" character printed on it, and a pair of shorts, when she left home.Ahamad said it was not the first time he had allowed his stepdaughter to go out alone."She always goes for a walkabout near our house and has never encountered any problems."She always returns home around 8pm or 9pm but I don't know what happened on Monday. She left and never returned," he said when met at home yesterday.Ahamad said he and a few neighbours went out to search for Rekha when she failed to return home about midnight.The couple lodged a report at the Central police station early on Tuesday morning."We are worried sick about her. We have not seen her for three days and we just don't know where she could have gone," said Ahamad, a sidewalk trader.Asked why Rekha wanted to buy the VCD although their house did not have any power supply, Ahamad said his stepdaughter usually watched movies in a relative's house nearby.Salmah said she had been praying hard for Rekha's safe return.Meanwhile, Northeast district police chief Assistant Commissioner Azam Abd Hamid said investigations were ongoing and police had yet to pick up anyone in connection with the case."We view this case seriously as there have been many similar cases before this. We will intensify the search for the little girl," he added.Rekha's disappearance comes in the wake of Nurin's murder, which, more than a month after her body was found, remains unsolved.It was reported that Nurin, a year two pupil of SK Desa Setapak, went missing on Aug 20 after going to a night market near her house at Section 1 Wangsa Maju in Kuala Lumpur.Her naked body was found stuffed inside a sports bag placed at the bottom of a staircase at a shoplot in Taman Petaling Utama on Sept 17.
- NST Online

Lagi kes hilang mirip Nurin.


GEORGETOWN: Belum pun selesai siasatan kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang mayatnya dijumpai dalam beg pakaian sukan selepas hilang selama 27 hari, seorang lagi budak perempuan dilaporkan tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Kampung Kolam di sini, empat hari lalu. Malah, kehilangan Rekha Abdullah (gambar), 10 , juga menyamai kes Nurin yang tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu sebelum mayatnya ditemui hampir sebulan selepas itu. Rekha, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Island, Jalan Larut di sini, dikatakan ke pasar malam berhampiran rumahnya, kira-kira jam 9 malam Isnin lalu untuk membeli cakera padat video (VCD). Bapa tirinya, Ahamad Omar, 49, seorang peniaga barang lusuh, berkata Rekha meminta RM5 untuk membeli VCD di pasar malam serta mengajak abang sulungnya menemaninya. Bagaimanapun, abang Rekha yang berusia belasan tahun, ada urusan lain. Berikutan itu, Rekha yang berbaju-T dan seluar panjang putih, keluar seorang diri dengan membawa wang RM5. Ketika itu, ibunya, Salmah Sellamah Abdullah, 41, seorang warga India bertaraf pemastautin tetap, bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas. Ahamad yang ditemui di rumahnya di sini semalam, berkata beliau sekeluarga bimbang apabila Rekha tidak pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam dan dengan bantuan beberapa jiran, mencarinya di sekitar tapak pasar malam, rumah rakan serta tempat permainan anak tirinya itu, tetapi menemui jalan buntu. Selepas empat jam mencari dan gagal menemui Rekha, Ahamad membuat laporan di Balai Polis Central di sini, kira-kira jam 4 pagi. "Sehingga kini, kami tidak mendengar sebarang berita mengenainya," katanya. Salmah yang tidak tidak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris, hanya menitiskan air apabila menunjukkan potret anak keenamnya itu. Pasangan Salmah dan Ahamad mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan mereka, tiga tahun lalu. Ahamad berkata, sebelum ini Rekha sering ke pasar malam, tetapi bersama abang atau rakannya. "Sebelum ini tidak masalah kerana dia balik selepas ke pasar malam atau ke rumah rakannya," katanya. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Samah Mat, berkata gerakan mencari Rekha dilancarkan sebaik polis menerima laporan mengenai kehilangannya. Operasi mencari kanak-kanak itu diketuai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid. Beliau berkata, usaha mencari di rumah sanak saudara kanak-kanak itu setakat ini gagal menemui mangsa atau mendapat sebarang petunjuk. Gerakan mencari Rekha juga diperluaskan bukan saja ke seluruh Pulau Pinang, malah ke negeri lain termasuk Kuala Lumpur. Abdul Samah menegaskan, pihaknya memberi perhatian serius terhadap kes berkenaan, terutama ia membabitkan kanak-kanak perempuan kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini. "Siasatan masih dijalankan dan setakat kini masih tidak ada perkembangan, itu yang kita bimbangkan. Terlalu awal untuk buat andaian (diculik)," katanya. Beliau turut mempersoalkan tindakan bapa tiri Rekha yang membenarkan budak itu keluar seorang diri untuk membeli VCD di pasar malam. "Budak itu minta duit daripada bapa tirinya untuk beli VCD. Bagaimana kanak-kanak itu boleh dibenarkan keluar seorang diri pada waktu malam... itu yang menghairankan. "Masih ada keluarga yang tiada kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak. Keluarganya juga kata kanak-kanak ini sering keluar seorang diri dan tiada masalah pulang ke rumah," katanya. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan Rekha diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2292222 atau balai polis berhampiran. - Berita Harian