Sunday, January 20, 2008

Khasiat 10 Muharam (penting ni...)

Tanggal 10 Muharam dianggap hari besar
Islam kerana pada hari itu
banyak terjadi peristiwa penting yang
mencerminkan kemenangan
gemilang bagi pejuang – pejuang yang
gigih & tabah untuk menegakkan
kebenaran & keadilan.

Pada hari itu telah terjadi:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah, &
taubatnya diterima.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke
tempat yang tinggi.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar
dari perahunya, sesudah
bumi tenggelam selama 6 bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah
dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat
kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
Mesir, setelah meringkuk
selama beberapa tahun akibat fitnah
Siti Zulaikha.
7. pemandangan Nabi Ya'akub yang
kabur, dipulihkan kembali oleh
Allah sehingga beliau daoat melihat
dengan terang.
8. Nabi Ayub disembuhkan Allah dari
penyakit kulit yang
dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari
perut ikan paus besar,
setelah berada di dalam perut ikan itu
selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua, untuk
menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikut – pengikutnya dari kejaran
Firaun.
11."Kesalahan" Nabi Daud diampuni
Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan oleh
Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan
alam.
14. Hari pertama Allah menurunkan
rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan
hujan dari langit.
16. Allah menjadikan Lauh Mahfuzh.
17. Allah menjadikan Arasy.
18. Allah menjadikan Qalam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa a.s diangkat ke langit.

Hayati dan ambillah pengajaran &
jadikan tauladan dan panduan….

truly,
semberani...

No comments: