Monday, January 28, 2008

Lelaki kacak

Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang cukup sifat malahan mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki lain... Ya!! Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki kacak... bukan sekadar kacak malahan mempunyai kebijaksanaan yang ekstrem.... Ujian IQ aku menunjukkan aku seorang lelaki kacak yang mempunyai markah IQ sebanyak 160.

Berkulit sawo matang, berdada bidang, berketinggian yang sesuai dan berhidung agak mancung... Aku kelihatan agak garang dengan misai melintang, tetapi kerana sifat ceria semulajadiku, aku disenangi kawan dan awek-awek tak kira yang cun atau tak cun. Semasa aku menunggu keputusan SPM, aku bekerja di kilang papan, kerja berat in menyebabkan badan aku menjadi tough dan wings ototku menyerlah sekalipun aku pakai baju longgar.

Selepas tamat pengajian aku di sebuah universiti terkemuka dunia, aku bekerja yang agak glamer... Berkereta mewah, sekali pun milik agensiku, tapi sudah cukup untuk memikat hati gadis yang cantik dan tak cantik, malahan.. ramai lelaki tak hensem iri hati dengan kehebatan dan kekacakanku... Aku sering mengayakan imej ranggi, berkasut kulit ala koboi (siap ngan rantai tu), berjaket kulit hitam mengantikan kot, mengenakan neck tie berimejkan m etallica, jam rantai tembaga, serta berkepala talipinggang yang lebih besar dari pelempang kebanyakkan awek yang aku kenali. Aku cukup agresif di kantorku, sehinggakan pegawai atasanku jua dengki dan jaki terhadapku.

Kejakian mereka tidak hanya terhadap penampilan dan mutu kerja yang cemerlang sahaja. Aku sering digossipkan sebagai lelaki gigolo, jantan kabaret, lelaki jalang malahan, aku juga digossipkan sebagai lelaki gay bilamana aku tak melayan cinta beberapa awek.... Bila aku dilihat minum bersama awek yang tak cun... aku dituduh gigolo dan pisau cukur... Jika aku keluar dengan awek cun pula, aku dituduh mengeksploitasikan kekacakan aku untuk memikat gadis jelita... Jika aku dilihat berhemah dan bersantun dengan wanita-wanita tua yang kebanyakkan bergelar datin, mereka menuduhku sedang memasarkan khidmat gigoloku....

Awek cun merasakan aku terlalu hebat untuk mereka, awek tak cun pula mengatakan aku jual mahal... Suami-suami pula sering menjeling tajam bini-bini mereka takut bini terpikat ngan aku... dan mak-mak bapak yang ada anak perempuan sering menyorokan anak mereka bila aku bertandang ke rumah mereka... takut anak mereka lari ikut aku... Yang ada anak-anak dara sunti pula menjerit-jerit suruh masuk ke rumah bila melihat aku memerhatikan anak-anak mereka bermain di laman... mungkin mereka takut aku seorang lelaki kacak yang gila seks ganas dan gadis seperti pembunuh nurin.

Oh dunia!!!! Salahkah aku menjadi lelaki kacak yang hebat??? Apa yang harus aku lakukan sekarang??? Usiaku sedang memanjat tangga ketuaan, umurku telah lama melepasi zaman remaja.. Tapi aku masih di sini... kekal sebagai lelaki kacak yang hebat... seorang diri... berkelana di rimba kehidupan nista dan fitnah dunia....

1 comment:

Anonymous said...

pedulikan kata kata org...kalau ikut sgt pe yg org ckp ape pn tak jd..yg ptg kita tahu pe yg kita wat 2 tul ke x ...2 yg lbh ptg