Friday, November 09, 2007

Sheikh Muszaphar ,Mejar Faiz Khaleed ditauliah sebagai Cosmonaut

Mejar Dr Faiz Khaleed (kiri) dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kanan)

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Mejar Dr. Faiz Khaleed hari ini ditauliahkan sebagai Cosmonaut oleh kerajaan Russia.
Pentauliahan itu dilakukan oleh Pengerusi Agensi Angkasa Persekutuan Rusia, Anatoly Perminov dalam satu majlis di Star City, Rusia pada pukul 4 petang (8 malam waktu Malaysia).
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Abdul Hanan Alang Endut dan Pengarah Program Angkasawan Negara Kolonel Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh hadir pada majlis itu.
Dr. Zulkeffeli ketika dihubungi Bernama malam ini berkata, pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) turut mengiktiraf Dr. Muszaphar dan Dr. Faiz sebagai angkasawan.
“Dalam ucapan meraikan pentauliahan kedua-dua angkasawan negara, wakil dari NASA itu turut mengiktiraf kedua-dua mereka sebagai angkasawan,” katanya.
Pada 10 Oktober lepas, Dr. Sheikh Muszaphar bersama jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Rusia dan komander Peggy Wilson dari Amerika Syarikat menaiki pesawat Soyuz TMA-11 ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan kembali ke Bumi pada 21 Oktober.
– Bernama

No comments: